top of page


Ziarah Kasih UPKO Ranau ke Kampung Kimaraang, Bitoon
Oleh : Romie Stanley DGuns 13 Nov 2026 RANAU - Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau, Rogers Tiam, bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian UPKO Ranau mengadakan Program Ziarah Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan semalam, melibatkan penduduk Kampung Kimaraang dan Kampung Bitoon. Dalam program itu, rombongan menziarahi penduduk yang terlantar sakit serta menyampaikan sumbangan keprihatinan dan sokongan moral kepada pesakit dan ahl


PBD Penampang Juara Rhinos Cup SAFA B15 Edisi Pertama
Oleh : Romie Stanley DGuns 13 November 2026 KOTA KINABALU – Pasukan Persatuan Bolasepak Daerah (PBD) Penampang menjuarai Kejohanan Bawah 15 Tahun Rhinos Cup SAFA Edisi Pertama selepas menewaskan PBD Keningau 2-1 pada perlawanan akhir. Kejayaan itu dicapai dengan rekod tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan sepanjang kejohanan yang diadakan pada 7 dan 8 November lalu di Padang Sukma Likas. Pegawai Teknik PBD Penampang, Gedion Gadit, mengucapkan tahniah kepada pemain atas k


Dua Warga Asing Ditahan Kes Cedera, Ugut di Brumas
Oleh : Romie Stanley DGuns 13 November 2026 TAWAU - Polis menahan dua lelaki warga asing berusia 17 dan 18 tahun yang disyaki terlibat dalam kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun di Kampung Brumas, Tawau. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek dipercayai berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komi


Dua Lelaki Ditahan Disyaki Salah Guna Dadah dalam Ops Bersepadu di Lok Kawi
Oleh : Romie Stanley DGuns 13 November 2026 PENAMPANG – Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi bersepadu menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kota Kinabalu–Papar, Lok Kawi, Putatan. Operasi itu dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND). Dalam operasi berkenaan, sebanyak 55 individu dan 50 ke


Ewon harap Glide Technology terus melabur dalam sektor perindustrian Sabah
12 November 2026 KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berharap Glide Technology Sdn Bhd terus melabur dalam pembangunan perindustrian di negeri itu, termasuk menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan Sabah. Beliau berkata, Glide Technology kini telah membangunkan produk pelincir, Kinabalu Lubricant, untuk pasaran rantau BIMP-EAGA dengan pangkalan operasi pengeluarannya


Ewon cadang penubuhan Kursi Pengajian Bahasa Etnik di UPSI, biasiswa diperluas kepada pelajar
11 November 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan penubuhan Kursi Pengajian Bahasa Etnik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), selain memperluas pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti bidang berkenaan. Beliau berkata, biasiswa itu perlu dipanjangkan kepada anak-anak Sabah dan masyarakat Orang Asli yang mengambil Pengajian Bahasa Etnik di UPSI serta Universiti Malaysia


Sabah pemegang taruh utama isu perhutanan negara, pendirian negeri perlu diambil kira – Ewon
11 November 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, pandangan dan pendirian Kerajaan Sabah perlu diambil kira dalam penggubalan undang-undang, dasar serta pelaksanaan inisiatif berkaitan perhutanan, perubahan iklim, kelestarian alam dan pasaran karbon negara. Beliau berkata, Sabah dan Sarawak merupakan pemegang taruh utama dalam perkara berkenaan memandangkan kedua-dua negeri itu mempunyai liputan hutan yang luas berbanding purata nasional. Ka


Lapan Sekolah Berentap di Karnival Bola Sepak SRA Sabah Edisi ke-5
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 9 Nov – Karnival Bola Sepak Sekolah Rendah Advent (SRA) Sabah 2026 Edisi ke-5 berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Piasau, Kota Belud, hari ini, membabitkan penyertaan lapan buah sekolah dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun dengan format 11 sebelah. Guru Besar SRA Rangalau selaku Pengerusi Penganjur, Jeffry Dumpin, mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua pasukan dan berharap para pemain bermain


CHKB World Fest 2026 Semai Perpaduan Melalui Budaya Tradisional Antarabangsa
Oleh : Romie Stanley DGuns 6 Nov 2026 KOTA BELUD – Program Hari Kanak-Kanak Chung Hwa Kota (CHKB) 2026 atau CHKB World Fest Children’s Day 2026 telah berlangsung di Dewan SJK(C) Chung Hwa Kota Belud semalam dengan tema Budaya Tradisional Antarabangsa, sekali gus menjadi platform meraikan murid dalam suasana ceria, inklusif dan bermakna sambil memupuk semangat hormat-menghormati, toleransi dan perpaduan. Program yang membawa slogan “Dream Big, Shine Bright!” dan “ONE WORLD, E


Ewon Terus Perkasa Komuniti Kadamaian Melalui Inisiatif Sumbangan
Oleh : Romie Stanley DGuns 6 Nov 2026 KOTA BELUD: Seramai 26 pemimpin komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menerima sumbangan kerusi plastik manakala 13 penerima lagi menerima kanopi dalam majlis penyerahan sumbangan “touch point” kepada komuniti kampung di kawasan itu. Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian yang juga Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon


Wanita Ditahan, Dadah Disyaki Syabu Dirampas di Pulau Sebatik
Oleh : Romie Stanley DGuns 6 Nov 2026 TAWAU - Seorang wanita tempatan berusia 29 tahun ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam operasi Ops Tapis di kawasan sebuah rumah di Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Rosdi Mat Jusoh, berkata tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bergosong yang diketuai Ketua Polis Balai ketika menjalankan operasi di kawasan berkena


14 Warga China Ditahan di Banglo Elit Kota Kinabalu; Disyaki Terlibat Scam Dalam Talian
Oleh : Romie Stanley DGuns 6 Nov 2026 KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Sabah menahan seramai 14 lelaki warga China dalam OPS SERKAP pada 4 November 2026, kira-kira jam 11.00 malam, di sebuah banglo tiga tingkat di kawasan elit, Kota Kinabalu. Kesemua suspek berumur antara 26 hingga 44 tahun dan dipercayai berada di negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial. Daripada jumlah itu, 13 orang dikenal pasti melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta I


Perincikan Agihan RM438 Juta Skim Kesejahteraan Rakyat Kepada Sabah - Ahli Parlimen Tuaran
KUALA LUMPUR, 5 November – Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperincikan pengagihan peruntukan RM438 juta di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dalam Belanjawan 2027. Beliau berkata, kementerian perlu menjelaskan jumlah sebenar peruntukan yang disediakan untuk Sabah dan kawasan Parlimen Tuaran, termasuk pecahan bagi bantuan perumahan serta program peningkatan pendapatan. “Bera


Apakah Status Empat Projek Bekalan Air Di Tuaran, Soal Madius Kepada KKDW
KUALA LUMPUR, 5 November – Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, mendesak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperjelas status pelaksanaan empat projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang melibatkan kawasan Parlimen Tuaran. Beliau berkata, projek berkenaan melibatkan Sistem Retikulasi Tahun 2018/2019 Bahagian Kota Kinabalu yang turut merangkumi Tuaran, Upper Kiulu, Bukit Giling–Ulu Bakut serta Penimbawan dan kawasan sekitarnya. Madi


Madius Minta KKDW Perjelas Pelan Naik Taraf 3,491 KM Jalan Luar Bandar Sabah
KUALA LUMPUR, 5 November – Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, mendesak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperjelas pelan serta komitmen peruntukan bagi menaik taraf 3,491 kilometer jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sabah yang masih memerlukan penambahbaikan. Beliau berkata, berdasarkan angka yang diterima, dengan anggaran kos RM4 juta bagi setiap kilometer, keperluan keseluruhan untuk menaik taraf jalan berkenaan dianggarkan ha


Ewon pengerusikan libat urus tangani isu operasi Pelabuhan Sandakan
5 November 2026 SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, mempengerusikan sesi libat urus bersama agensi kawal selia, syarikat konsesi pengendali pelabuhan dan persatuan pengguna bagi membincangkan isu operasi Pelabuhan Sandakan, di sini, hari ini. Sesi libat urus itu membincangkan dua isu utama yang dihadapi Pelabuhan Sandakan, iaitu kekerapan kerosakan kren sedia ada serta kead


Madius Mahu Pekebun Kecil NCR Di Sabah Turut Layak Terima Bantuan Tanam Semula Sawit
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kerajaan diminta memastikan pekebun kecil kelapa sawit di Sabah yang mengusahakan tanah hak adat anak negeri (NCR), tanah belum bergeran atau masih dalam proses pengukuran tidak tercicir daripada menerima bantuan tanam semula sawit. Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata isu status tanah merupakan antara cabaran utama yang dihadapi pekebun kecil di Sabah dalam mendapatkan akses kepada bantuan kerajaan. Beliau berka


Madius Minta Sabah Diberi Perhatian Dalam Pembangunan Industri Hiliran Sawit, Bantuan Tanam Semula
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, meminta Kementerian Perladangan dan Komoditi memberikan perhatian khusus kepada pembangunan industri hiliran berasaskan kelapa sawit di Sabah, termasuk usaha memanfaatkan biojisim dan minyak sawit mentah (CPO) bagi menghasilkan produk bernilai tinggi. Beliau berkata Sabah mempunyai potensi besar untuk membangunkan industri pemprosesan hiliran yang bukan sahaja meningkatkan nilai komod


Jalan Kampung Merentas Ladang Sawit, Ahli Parlimen Tuaran Minta KPK Baiki Jalan Linsuk–Gomoron Tuaran
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kementerian Perladangan dan Komoditi diminta mempertimbangkan peruntukan bagi menaik taraf Jalan Linsuk–Gomoron di Tuaran yang kini berdepan masalah penyelenggaraan sehingga menyukarkan pergerakan penduduk beberapa buah kampung. Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata jalan berkenaan merentasi kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat dan turut berfungsi sebagai laluan akses penting kepada penduduk setempat.


Belanjawan JPM - Ewon bangkitkan peruntukan PANTAS, penyelarasan biasiswa anak Sabah dan Borneonisasi
2 November 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick membangkitkan beberapa perkara berkaitan kepentingan Sabah termasuk peruntukan Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), penyelarasan biasiswa kepada anak Sabah serta pelaksanaan dasar Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Beliau membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Belanjawan 2027 pada peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini


Ahli Parlimen Tuaran Desak Perkukuh Khidmat Perundangan dan Wajibkan Rundingan Awal Dengan Sabah
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencadangkan supaya kemudahan perundangan dan penyelidikan Parlimen diperkukuh bagi membolehkan Ahli Parlimen memainkan peranan lebih berkesan dalam proses penggubalan undang-undang. Beliau berkata pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen perlu disusuli dengan penyediaan khidmat perundangan yang mencukupi, termasuk membantu Ahli Dewan menyediakan rang undang-undang persendirian dan usul pindaan


Parlimen: Madius Bangkitkan Isu Kekurangan 245 Pegawai Perubatan, Status 13 Projek JLBS
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Kekurangan kira-kira 245 pegawai perubatan dan status 13 projek Jalan Luar Bandar bernilai RM1.716 bilion di Sabah antara perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika membahaskan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat pada Isnin. Madius meminta kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani kekurangan tenaga perubatan di Sabah, khususnya di kawasan Beluran


Kerajaan Perlu Jelaskan Hala Tuju Tuntutan Satu Pertiga Kerusi Parlimen, Hak 40 Peratus Sabah - Madius
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau meminta kerajaan memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai hala tuju tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak serta pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah. Beliau membangkitkan kedua-dua perkara itu ketika membahaskan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat pada Isnin. Menyentuh tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen,


Gotong-Royong Perdana Perkukuh Usaha Pemeliharaan Kawasan Pelancongan Tagal Lingkubang
31 Oktober 2026 KOTA BELUD: Koperasi Pelancongan Tagal Lingkubang Berhad menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana dan Ramah Mesra Komuniti sebagai usaha memelihara kebersihan serta keindahan kawasan pelancongan Tagal Lingkubang, di sini. Program itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan anggota koperasi serta masyarakat setempat. Hadir sama, Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Datuk Ewon Benedick, Caryle Lajimin, yang m


CM wants Pesta Kalimaran to be bolstered
31 OCTOBER 2026 TENOM: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants the future Kalimaran Festival to continue being bolstered by involving more local entrepreneurs and tourism industry players. "We want greater participation from small businesses, local entrepreneurs, handicraft producers, food operators, homestay operators and tourism industry players," he said. Hajiji said organising such festivals also aligns with the State Government's efforts to encoura


KM mahu Pesta Kalimaran terus diperkasakan
31 OKTOBER 2026 TENOM: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu Pesta Kalimaran pada masa akan datang terus diperkasakan dengan melibatkan lebih ramai usahawan tempatan dan pemain industri pelancongan. "Kita mahu penglibatan lebih ramai pengusaha kecil, usahawan tempatan, penggiat kraftangan, pengusaha makanan, pengusaha inap desa serta pemain industri pelancongan," katanya. Hajiji berkata penganjuran pesta seperti ini juga amat selari dengan usaha kerajaa


Penjelasan mengenai status pelaksanaan 13 projek JALB Sabah yang ditangguhkan SST penting – Ewon
30 Oktober 2026 PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, lanjut mengenai status pelaksanaan 13 projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah yang ditangguhkan Surat Setuju Terima (SST) penting bagi memberikan kepastian sama ada projek berkenaan akan diteruskan atau sebaliknya. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, penjelasan tambahan masih diperlukan meskipun per


Pelaksanaan projek naik taraf Jalan Buayan dan Jalan Terian mendahului jadual – Ewon
30 Oktober 2026 PENAMPANG: Pelaksanaan projek naik taraf Jalan Buayan dan Jalan Terian masing-masing mendahului jadual sebanyak 45 dan 58 hari, kata Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, projek naik taraf Jalan Buayan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM73.868 juta telah mencapai kemajuan 76.64 peratus dan dijadualkan siap pada Ogos 2


Ahli-Ahli Parlimen Sabah desak Kerajaan Persekutuan kaji semula status pembatalan tender projek JLB
KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Sabah mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula status pembatalan tender projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah supaya projek tersebut diteruskan untuk kesejahteraan rakyat. Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick yang mengetuai sidang media Ahli-Ahli Parlimen Sabah tersebut juga mendesak Kerajaan Persekutuan bagi menyalurkan baki peruntukan bagi memulihkan modal pusingan kontraktor tempatan. Menurut Ewon, sebanyak 112 projek JALB d


Komuniti Taginambur Diperkasa Sokong Individu Berdepan Isu Kesihatan Mental
Oleh: Romie Stanley DGuns 28 Oktober 2026 KOTA BELUD — Seramai 30 penduduk Mukim Taginambur menyertai Program Komuniti Prihatin di Mini Dewan Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian Piasau hari ini, dengan tumpuan memperkukuh peranan komuniti dalam menyokong individu yang berdepan masalah kesihatan mental serta menghapuskan stigma. Program anjuran APPGM-SDG bersama Pejabat Daerah Kota Belud dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian itu dilaksanakan s


MITI sokong cadangan Ewon bangunkan BIMP-EAGA Special Economic Zone di POIC Lahad Datu
28 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyokong cadangan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick untuk membangunkan BIMP-EAGA Special Economic Zone di Taman Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu. Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, cadangan menjadikan Sabah sebagai “Eastern Gateway to Malaysia” itu berpotensi memperkukuh pembangunan perindustrian dan pelaburan menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan deng


Madius Persoal Kesiagaan Tempur LCS, Kos Tambahan Dan Akauntabiliti Kelewatan Projek
KUALA LUMPUR, 28 Okt - Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempersoalkan tahap kesiagaan tempur lima Kapal Tempur Pesisir (LCS), implikasi kewangan penggantian peluru berpandu serta mekanisme akauntabiliti sekiranya jadual penyerahan baharu projek itu sekali lagi gagal dipenuhi. Beliau berkata, jawapan bertulis Menteri Pertahanan yang diterimanya hari ini berhubung soalan yang dikemukakan pada Isnin lepas menunjukkan projek LCS masih ketinggalan da


RM89.9 Juta Kerugian Hasil: Apa Perkembangan Di Sabah Selepas 2024 – Madius
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, meminta penjelasan lanjut mengenai perkembangan kes kecurian elektrik di Sabah selepas kuasa kawal selia bekalan elektrik diserahkan kepada kerajaan negeri itu pada 3 Jan 2024. Beliau berkata berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terhadap pertanyaan lisan beliau di Dewan Rakyat pada 22 Okt lepas, sebanyak 14,819 kes usikan pepasangan meter d


TONIBUNG wins United Nations in Malaysia Award 2026
PENAMPANG, SABAH, 27 October 2026 — TONIBUNG has been awarded the United Nations in Malaysia Awards 2026 under the Innovation category, recognising its contribution to sustainable energy access and community-led development in rural and remote communities. The award recognises the Sabah-based, Indigenous-led social enterprise’s work in enabling communities to develop, own and manage renewable energy systems. The UN Day commemoration ceremony was held on 26 October 2026


Ewon temui Johari bincang cadangan bangunkan POIC Lahad Datu sebagai Zon Ekonomi Khas BIMP-EAGA
27 Oktober 2026 KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi membincangkan cadangan membangunkan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu sebagai Zon Ekonomi Khas (Special Economic Zone) BIMP-EAGA. Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, cadangan itu telah di
bottom of page
