top of page
nabalunews

AHLI POLITIK SABAH MENGAKU TIDAK BERSALAH CABUL PESERTA UNDUK NGADAU



10 Jun 2021

KOTA KINABALU: Ahli politik Sabah mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencabul dua wanita iaitu peserta Unduk Ngadau dan seorang wanita lain di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.


Tertuduh, Philip Among @ Daniel Dell Fidelis, 52, membuat pengakuan tidak bersalah itu dihadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencabul seorang wanita di sebuah premis di Asia City pukul 11 malam pada 17 April lalu.


Untuk pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau di sebuah studio di Asia City, dalam kenderaan, ditangga berhampiran studio dan di sebuah pejabat di Metrotown antara 3.30 petang hingga 10 malam pada 19 Mei lalu.


Tertuduh diwakili Peguam Marcel Jude Joseph memohon untuk dibicarakan bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.


Mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai ini sebagai pengurusan kes.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin dengan bayaran RM40,000 iaitu RM8,000 bagi setiap pertuduhan serta dua penjamin tempatan. - Sumber Borneo Today



Comments


bottom of page