top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kaamatan UPKO pada 11 dan 12 Mei, di Kuala Penyu


Ewon ketika mempengerusikan mesyuarat eksekutif parti.

24 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Sambutan Pesta Kaamatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan diadakan pada 11 dan 12 Mei ini, di Kuala Penyu.

 

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif parti, hari ini.

 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, antara pengisian sambutan Kaamatan parti ialah Karnival Keusahawanan, Koperasi dan peniaga-peniaga kecil.

 

“Pengisian wajib ialah pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi Kaamatan, pameran makanan tradisional, persembahan kebudayaan dan muzik tradisional mewakili pelbagai etnik di negeri ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Eksekutif UPKO, di Hotel D’Arch Penampang, di sini, hari ini.

 

Comments


bottom of page