top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan kaji cara kurang kebergantung gula mentah import


20 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PASIR GUDANG: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan sedang mencari jalan untuk mengurangkan kebergantungan kepada gula mentah yang diimport sepenuhnya dari luar negara.


Jelas beliau, ini kerana bekalan gula mentah boleh terjejas oleh faktor-faktor seperti geopolitik, bencana dan lain-lain.


Beliau berkata, kini Malaysia hanya mendapat gula mentah dari Brazil sahaja, berbeza dengan sebelum ini yang mendapat dari Thailand dan India juga.


"Kita memikirkan jangka masa panjang bagaimana penghasilan bekalan keperluan harian pengguna.


"Kita kena pastikan sekurang-kurangnya kalaupun SSL (tahap sara diri) itu tidaklah sepenuhnya tapi kita ada bekalan yang boleh dapat dalam negara," katanya selepas menyempurnakan Program Jualan Rahmah Mega di Pasir Gudang.


Tambah beliau, kos pengeluaran gula mentah dalam negara lebih tinggi daripada kos import, sebab itu kerajaan memilih untuk import.


"Yang ada dalam negara ada gula (tapi gula proses), tetapi gula mentah bekalan kita adalah sepenuhnya dari negara luar,” ujar beliau.

Comments


bottom of page