top of page
Farah Salim

Penagih dadah sepatutnya dilayan sebagai pesakit, bukan penjenayah – Persatuan Perubatan


13 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Penagih tidak patut dilayan sebagai penjenayah, tetapi pesakit yang memerlukan rawatan professional, kata Persatuan Perubatan Malaysia.


Presidennya, Dr Koh Kar Chai berkata demikian untuk mengingatkan pigak berkuasa susulan kes kematian seorang penagih dadah di Kedah akibat serangan kejam terhadapnya di sebuah pusat pemulihan.


Mangsa itu dipercayai ditendang dengan kejam oleh seorang warden pusat pemulihan ketika cuba melarikan diri dan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.


“Pusat pemulihan dadah sepatutnya menjadi tempat rawatan professional bagi individu yang bergelut dengan ketagihan dadah bagi mengatasi tabiat mereka ini.


“Penagih dadah sepatutnya dilayan sebagai pesakit, bukan penjenayah,” katanya menerusi satu kenyataan media.


“Walaupun pusat pemulihan mungkin diuruskan oleh profesional yang berkelatakan, warden yang menjalankan program pemulihan mungkin kurang latihan professional, kelayakan dan kualiti yang diperlukan,” tambahnya.


Koh turut mendesak kerajaan untuk melihat pembaharuan yang wajar dalam pengurusan kes penagihan dadah di Malaysia.


Mengulas lanjut, beliau berkata perlu ada kesedaran bahawa penagihan dadah adalah satu penyaki mental yang memerlukan rawatan perubatan serta bantuan profesional.



Comments


bottom of page