top of page

1,277 Mangsa Banjir Ditempatkan di 11 PPS di Sabah

nabalunews


21 Mac 2025


KOTA KINABALU: Seramai 1,277 mangsa melibatkan 405 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah susulan banjir yang melanda enam daerah, setakat 12 tengah hari ini.


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai 956 mangsa daripada 311 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Kota Marudu dan 132 mangsa daripada 35 keluarga di dua PPS di Sandakan.


Katanya, seramai 92 mangsa daripada 26 keluarga pula dipindahkan ke dua PPS di Beluran dan 48 mangsa melibatkan 15 keluarga di dua PPS di Paitan.



“Selain itu, 38 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke satu PPS di Keningau dan 11 orang melibatkan tiga keluarga di satu PPS di Kudat,” katanya.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dijangka berlaku sehingga Sabtu ini.



“Hujan beterusan dijangka berlaku di daerah Kudat serta Sandakan melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan,” katanya

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page