top of page
nabalunews

1 parah, 3 cedera kereta terbabas sendiri di Tawau


Pasukan BBP Tawau mengeluarkan mangsa tersepit di Proton Gen 2 dalam kemalangan di Jalan Mawar, Kg Jawa awal pagi tadi.

19 January 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Seorang lelaki cedera parah, manakala, tiga wanita turut cedera apabila kereta jenis Proton Gen 2 yang mereka naiki dipercayai terbabas sendiri di Jalan Mawar, Kg Jawa, awal pagi hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa lelaki yang tersepit di tempat duduk pemandu dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan pihaknya dengan peralatan khas.


Manakala, tiga wanita terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihaknya.


"Kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh pihaknya sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut dengan menaiki ambulans dan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS),"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Terdahulu, katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi.


Jemishin berkata, pihaknya tiba di lokasi satu minit kemudian dan segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa lelaki yang tersepit itu.


Katanya, pihaknya kemudian menamatkan operasi pada jam 5.23 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.


Operasi turut membabitkan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dan polis.

Comments


bottom of page