100 pasukan sertai kejohanan bola sepak, bola tampar piala ADUN Nabawan
- nabalunews
- 18 minutes ago
- 2 min read

28 April 2025
NABAWAN: Sebanyak 100 pasukan menyertai kejohanan bola sepak dan bola tampar Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Siri 2, bagi tahun 2025 tertutup Nabawan yang bermula pada Sabtu lalu, di Kompleks Sukan, di sini.
Bagi kejohanan bola sepak sebanyak 65 penyertaan terdiri daripada 40 pasukan kategori terbuka, 18 Veteran dan 7 Wanita dari kampung-kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan.
Sementara itu bagi kejohanan bola tampar sebanyak 35 pasukan mengambil bahagian terdiri daripada 19 pasukan kategori lelaki dan 16 wanita.
Berucap merasmikan kejohanan itu ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, penganjuran kejohanan bola sepak siri 2 ini bertujuan menghimpunkan peminat sukan bola sepak dan bola tampar
Penganjuran karnival ini kali kedua begi menghimpun peminat sukan bola sepak dan bola tampar di daerah ini disamping mencungkil bakat baru bagi katergori terbuka dan mengeratkan silaturahim bagi kategori veteran.
Katanya, penyertaan kejohanan ini adalah percuma.
Beliau berharap kepada semua pemain yang mengambil bahagian agar bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.
"Dalam setiap kejohanan disiplin adalah asas yang penting dalam setiap pasukan dan pemain untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi disamping kebolehan dan "skill" dalam permainan" katanya.
Menurut Ghani, pada suatu ketika dahulu daerah Nabawan pernah melahirkan pemain-pemain yang menyarung jersi pasukan Sabah dan mempunyai pasukan yang digeruni.
"Inilah tujuan kita menganjurkan kejohanan bola sepak pada masa ini kerana kita ingin mencungkil bakat-bakat baru dan kita ingin melihat pemain-pemain untuk diketengahkan diperingkat negeri" jelasnya.
Dalam pada itu Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) meminta Persatuan Bola Sepak Daerah Nabawan agar memainkan peranan dalam pemilihan pemain-pemain yang mempunyai bakat.
"Saya yakin Persatuan Bola Sepak di sini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan bola sepak di daerah ini" ujar Ghani.
Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Comments