100 unit PPR Taman Harmoni masih dibaiki
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

29 April 2025
SANDAKAN: Blok K, PPR Taman Harmoni yang menempatkan 100 unit rumah masih belum boleh dihuni buat masa ini.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan unit-unit yang rosak sebelum ini.
"Kita menjangkakan unit ini boleh diduduki dalam tahun ini juga selepas kerja-kerja pembaikan itu siap.
“Peruntukkan tambahan juga akan dimohon untuk kerja-kerja tersebut dan sementara kerja-kerja itu berjalan, penduduk tidak dibenarkan mendudukinya dalam keadaan serba kekurangan kemudahan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat unit rumah itu di PPR Taman Harmoni Sabah pada Selasa.
Dalam perkembangan mengenai PPR, Isnin berkata, tindakan sesetengah pihak menyewakan unit rumah mereka kepada orang lain adalah tidak wajar dan akan diambil tindakan.
Katanya, antara kriteria pemohon PPR adalah mengikut syarat ditetapkan selain pasangan suami isteri kedua-duanya adalah warganegara Malaysia dan bukan hanya salah satu saja.
“Penduduk dari kawasan setinggan yang terlibat perobohan boleh memohon dan akan dinilai oleh pihak majlis disini selain perlu menepati syarat itu,” katanya.
Comentarios