top of page

11 kelulusan pelepasan banduan secara lesen ihsan Madani sempena Krismas

nabalunews

19 Disember 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN : Seramai 11 banduan di beri kelulusan pelepasan secara berlesen pada Program Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani bertema “Kepulangan Yang Di Nanti” sempena perayaan Krismas 2024 dan Tahun Baru 2025 bagi Penjara Sandakan pada Khamis.


Program berkenaan dirasmikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Daerah Sandakan, Datuk Chew Kok Woh.


Turut hadir, Pengarah Penjara Sandakan, Muhammad Khalid Muhammad, Timbalannya, Alif Akmal Che Hashim dan Penolong Pengarah Bahagian, Pejabat Perkhidmatan Kebajian Am Sandakan merangkap Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sabah, Ansharey Matarsad.


Dalam ucapannya, Chew berharap masyarakat boleh menerima dan memberi prospek banduan berkenaan peluang kedua untuk bekerja tanpa mengira latar belakang mereka yang lalu. 


Ujarnya, prospek itu juga mempunyai keluarga yang memerlukan perhatian sewajarnya dan pihaknya berharap agar masyarakat juga tidak menyisihkan mereka.


Dalam perkembangan sama, beliau mahu prospek menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya dan kembali berbakti kepada masyarakat.


Terdahulu, Muhammad berkata, Program Lesen Ihsan Madani ini adalah usaha penting di bawah rangka kerja Pemulihan Dalam Komuniti yang bertujuan memastikan prospek yang memenuhi kriteria dapat kembali ke pangkuan masyarakat dengan nilai-nilai baharu dan semangat yang lebih positif.


Tambahnya Penjara Sandakan juga sentiasa menitikberatkan pendekatan dalam pemulihan, proses kerohanian, latihan menyeluruh melibatkan kemahiran, serta kaunseling yang membina. 


Katanya usaha ini hanya berjaya dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk keluarga prospek, komuniti dan agensi-agensi yang terlibat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page