top of page
nabalunews

14 pesara polis menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara



Oleh Wartawan Nabalu News

14 December 2024


KENINGAU: Seramai 14 pesara polis di Keningau menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai penghargaan atas pengorbanan, bakti serta jasa pesara polis kepada negara semasa darurat.


Penyampaian pingat PJPN itu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Keningau Supritenden Yampil Anak Garai

di Dewan Sri Keningau, Kompleks Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di sini pada Rabu.


Penerima Pingat PJPN itu terdiri daripada Mohamad Arip, Binoh Ubod, Banda Loboi, Jaafar Iskandar, Judas Sundang, Sarapin Suin @ Sairi Majanap, Joseph Jausi Anggang, Paulus @ Paul Jigih @ Jegih, Jevian Sulaiman, Nosia @ Nusiah binti Sundang, mewakili mendiang Insp (B) Muin @ Maurice, Majinah Andingi, mewakili mendiang Laiwon Langgut,  Fatimah Agitor @ Mohd Daud, mewakili Allahyarham Agitor Angkayau, Hasnizam Jeffuzan Geo, mewakili Allahyarham Jeffuzan Geo Abdullah dan Rizal Michael mewakili Allahyarhamah Asiah Salikin.


Yampil berkata, pengurniaan pingat PJPN itu adalah sebagai penghargaan atas pengorbanan pesara polis kepada negara semasa era darurat.


"Ia juga membuktikan jasa mereka menjadi ingatan dan tauladan untuk generasi hari ini terutamanya warga PDRM kerana pengorbanan mereka membolehkan kita berjaya mengecapi suasana aman sejahtera dan kemerdekaan pada waktu kini" katanya.


Mereka yang menerima pingat PJPN itu rata-rata berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Comments


bottom of page