top of page
  • nabalunews

140 pelajar tingkatan empat dan enam sertai Bengkel Minda Madani Siri 4 di Sandakan

25 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Seramai 140 pelajar tingkatan empat dan enam menyertai Bengkel Minda Madani Siri 4 yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar, Sandakan, hari ini.


Program sehari anjuran Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM) Cawangan Sabah dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PERMAFIS), Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Yayasan Taqwa serta Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) ini dirasmikan olen Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.


Berucap pada majlis itu, Vivian yakin peserta telah banyak mendapat maklumat penting yang disampaikan menerusi penganjuran bengkel berkenaan.


Jelas Vivian, program ini juga dilihat mampu membentuk masyarakat yang lebih berilmu, berdaya saing, dan berintegriti tinggi serta membina dan memperkukuhkan jati diri pelajar.


Ia turut memberi fokus untuk membentuk minda agar lebih terbuka menerima dan berkongsi ilmu sepanjang program atau (knowledge transfer).


Vivian turut berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan di Sandakan bagi memberi peluang kepada pelajar mengetahui bidang pengajian pilihan selain dapat mengikuti sesi percambahan idea yang bernas di kalangan anak muda dan penganjur.


Katanya program ini juga dilihat memberi gambaran baharu kepada pelajar untuk memahami cabaran semasa berdasarkan perkembangan mendepani cabaran teknologi dalam kecerdasan buatan (AI) yang perlu difahami generasi muda masa kini.


Selain itu, Bengkel Minda Madani itu turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kehidupan di institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Fakulti Pengajian Islam (FIS) Universiti Malaysia Sabah dan yang lain.

Comments


bottom of page