top of page

17 sekolah baharu termasuk Sabah dijangka beroperasi tahun ini

nabalunews

25 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak 17 sekolah baharu akan mula beroperasi di tujuh negeri, tahun ini.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah berkenaan terdiri daripada lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah yang akan dibina di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.


“Dalam Belanjawan 2025, kerajaan meluluskan pembinaan 44 sekolah baharu, berbanding 26 sekolah pada 2024. Angka ini juga meningkat berbanding sembilan sekolah (dibina) pada 2023 dan 2022 serta 11 pada 2021.


"Perkara ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan penyediaan kemudahan pendidikan yang mencukupi," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, pada Isnin.


Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM kini dalam proses merangka pelan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan berakhir tahun ini.


Katanya, pelan baharu yang merangkumi tempoh 2026-2035 itu bertujuan memperkukuh sistem pendidikan negara agar lebih sesuai dengan keperluan semasa dan masa hadapan.


"Secara asasnya, teras utama Pelan Pembangunan Pendidikan 2026-2035 adalah berlandaskan Akta Pendidikan 1996 dan selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page