top of page

20 penduduk Kampung Ongkilan, Kota Marudu dipindahkan

nabalunews

29 Januari 2025


Kota Marudu: Seramai 20 penduduk Kampung Ongkilan, di sini, dipindahkan selepas kawasan perkampungan mereka dilanda banjir, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bencana banjir pada jam 10.56 pagi.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerahkan ke lokasi untuk membantu.

“Terdapat 20 mangsa dipindahkan oleh pasukan Bomba ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau dalam keadaan selamat.


“Semua mangsa yang dipindahkan membabitkan lapan wanita dan 12 kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 1 petang.


Sementara itu, Mohd Hasbi memaklumkan, pasukan bomba turut memindahkan seramai 23 mangsa banjir di Kampung Mosolog, di sini.


Katanya, ia membabitkan lima keluarga termasuk dua bayi perempuan yang dipindahkan ke Dewan Mosolog dalam keadaan selamat.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page