top of page

200 umat gereja hadir memeriahkan perayaan Jubli Perak St. Anthony Abbot Paroki Bundu Tuhan

nabalunews



20 Januari 2025


KOTA BELUD: Seramai 200 umat telah memeriahkan Perayaan Jubli Perak St. Anthony Abbot di Paroki Bundu Tuhan baru-baru ini.


Upacara tersebut dipimpin dan dirasmikan oleh Rev. Fr. Federick Ben, yang turut mengucapkan penghargaan kepada ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas sokongan dan bantuan beliau kepada paroki itu.



Ewon melalui Pusat Khidmat Adun Kadamaian telah menyalurkan sumbangan dana bagi penaburan batu dan penyelenggaraan kawasan di sekitar Gereja Chapel St. Anthony Abbot di Kampung Kiau Bersatu, yang diselesaikan dua hari sebelum sambutan.

Comments


bottom of page