top of page

21 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Putih, Sandakan

  • nabalunews
  • 20 hours ago
  • 1 min read


23 April 2025


SANDAKAN: Kebakaran besar yang berlaku di Kampung Batu Putih pagi ini mengakibatkan 21 buah rumah tidak kekal dan sebuah setor penyimpanan musnah sepenuhnya.


Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, terdapat

dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan.


Pihak Bomba memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.40 pagi.


Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi yang terletak 16 kilometer dari balai pada jam 10.58 pagi.


“Kebakaran melibatkan 21 buah rumah jenis tidak kekal dan 1 buah setor penyimpanan barang-barang kampung terbakar 100 perstus. Anggaran keluasan yang terlibat kebakaran tiga ekar,” menurut kenyataan Bomba Sabah.


Operasi melibatkan 25 anggota bomba dengan kekuatan logistik termasuk dua jentera FRT, satu unit EMRS, sebuah lori tangki, kenderaan Vigo, URVAN dan lori tambahan.


Pemadaman dilakukan menggunakan 1,600 kaki tiga aliran enam pancutan dengan sumber air dari jentera dan air terbuka.


“Terdapat dua mangsa melecur di bahagian tangan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS,” menurut kenyataan tersebut lagi.


Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.47 pagi dan operasi pemadaman masih diteruskan dalam fasa overhaul. Agensi lain yang turut membantu di lokasi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity (SE), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page