top of page
Wartawan Nabalu News

24 DIS CUTI UMUM KRISMAS DI SABAH



22 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong mengumumkan 24 Dis ini adalah cuti umum bagi negeri Sabah.


Beliau dalam kenyataan media hari ini berkata, ia telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri GN 310/2019 bertarikh 19 Disember 2019.


Pada 11 Disember 2019, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengumumkan cuti umum Krismas selama dua hari pada 24 dan 25 Disember semasa Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019.


Ini menjadikan Sabah sebagai negeri pertama menikmati tambahan cuti Krismas satu hari berbanding kebiasaan hanya sehari pada 25 Disember.

Comments


bottom of page