top of page
nabalunews

30 pasukan beraksi di Kejohanan Keningau Premier League Edisi 2024-2025

4 November 2024


KENINGAU: Sebanyak 30 pasukan dari Keningau, Tenom, Pagalungan, Nabawan, Beaufort, dan Kota Kinabalu akan bersaing dalam Kejohanan Keningau Premier League (KPL) edisi 2024-2025 yang akan berlangsung pada 9 November ini hingga Februari 2025.


Presiden Persatuan Bola Sepak Keningau (Keningau FA), Rafie Robert, yang juga Naib Presiden 4 Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), menyatakan harapannya agar kejohanan ini menjadi landasan bagi pasukan tempatan untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan Asia.


KPL tahun ini dibahagikan kepada dua liga utama: Liga Satu MP Project Cup (17 pasukan kategori terbuka) dan Liga Dua Shap Cup (13 pasukan kategori bawah 18 tahun).


Pasukan terbaik dari setiap liga akan layak menyertai Keningau FA Cup, PEXOHOLIC Cup, dan Jetama Champions League untuk merebut gelaran juara keseluruhan.


Rafie menekankan bahawa kejohanan ini bertujuan memartabatkan bola sepak tempatan dan menyediakan peluang bagi bakat-bakat muda di Keningau dan kawasan sekitarnya.


Rafie ditemui media selepas perasmian KPL 2024/2025 di Taman Bandukan Riverside, Bingkor di sini yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, pada Ahad.

Comentarios


bottom of page