top of page
nabalunews

30 rumah ibadat bukan islam di DUN Bingkor terima sumbangan bakul makanan sempena Krismas

23 December 2024


KENINGAU: Sempena Krismas, Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan 1,000 bakul makanan termasuk beras kepada 30 buah rumah rumah ibadat bukan islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyampaikan sumbangan kepada Ketua-Ketua Komuniti Umat Katolik (KUK) dan Gereja di Bangunan Pusat Kegiatan Kebajikan Masyarakat Bingkor dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.


Turut bersama menyerahkan sumbangan, Ahli Majlis Daerah Keningau, Robert Paulus dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor,,Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.


Menurut Robert, beliau memberikan sumbangan itu pada setiap kali menjelang Perayaan Hari Krismas dan begitu juga pada perayaan perayaan yang lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.


Katanya ketua-ketua Gereja yang menerima sumbangan itu akan mengagihkannua kepada umat umat mereka yang memerlukan di.KUK dan gereja masing masing.


Clement Linus, Pengerusi Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Tuntumulud mewakili semua penerima mengucapkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan ini.


Katanya, dengan adanya sumbangan itu, ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan semasa merayakan Hari kebesaran Krismas tahun ini.

Comentarios


bottom of page