top of page
  • nabalunews

318 siswa guru baharu mendaftar di IPGM Gaya


6 September 2024


KOTA KINABALU : 318 siswa guru baharu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Persediaan, PISMP (P) Ambilan Ogos 2024 keluaran Julai 2029 akan memulakan perjalanan mereka sebagai siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya apabila Minggu Haluan Siswa Madani (MHSM) IPGM Kampus Gaya membuka tirainya baru-baru ini.


Datang dengan harapan, seawal jam 6.00 pagi sudah kelihatan kelibat siswa guru dan ibu bapa tiba di IPGM Kampus Gaya.


Kehadiran mereka dialu – alukan oleh pengurusan MHSM IPGM Kampus Gaya yang telah membuat persiapan lebih awal.


“IPGM Kampus Gaya mengalu-alukan kehadiran semua siswa baharu dan kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua” demikian ucapan pembuka kata Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPGM Kampus Gaya semasa sesi bersama waris.


Beliau berharap siswa guru baharu itu akan menjadi guru yang berjiwa pendidik setelah menamatkan pengajian di IPGM Kampus Gaya kelak.


Yang Dipertua Perwakilan juga telah berkongsi pengalaman-pengalaman dan kelebihan menjadi warga IPGM.


Secara siaran langsung pula, para siswa guru baharu berpeluang untuk mendengar amanat Rektor IPGM KPM, Dr Mohd Azam bin Ahmad.


Dalam amanatnya, Dr Mohd Azam menyatakan komitmennya untuk memastikan semua siswa baharu dijaga kebajikan dan diberi layanan yang istimewa sebagai meraikan kehadiran mereka menjadi keluarga Institut Pendidikan Guru.


MHSM berlangsung selama tiga hari dan dalam tempoh ini semua siswa baharu didedahkan dengan pelbagai aktiviti sebagai persediaan mereka untuk menjadi warga IPGM Kampus Gaya.

Comments


bottom of page