32 sekolah di Beaufort dan Membakut ditutup

10 Mac 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menutup sebanyak 32 sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Beaufort dan Membakut akibat bencana banjir.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, berkata, jumlah berkenaan diperoleh menerusi makluman setakat jam 10 pagi tadi daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan terlibat.
Katanya, daerah beaufort merekodkan jumlah sekolah paling banyak ditutup iaitu sebanyak 24 sekolah rendah dan menengah.
"Setakat ini di Beaufort sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Klias Baru, SK Lupak, SK Suasa, SK Pintas, SK Baru 60, SK Garama, SK Biah Batu 65, SK Kebulu, SK Ladang Lumadan, SK Luagan, SK Takuli, SK Rancangan Klias, SK klias kecil, SK Jabang dan SK Kebatu.
"Selain itu, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Kung Ming dan SJKC Lian Hwa serta dua lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul dan SMK Saint John turut ditutup akibat terjejas banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Manakala katanya, bagi daerah Membakut pula merekodkan penutupan lapan sekolah rendah dan menengah.
“Bagi kawasan Membakut, sekolah ditutup ialah SK Pekan Membakut, SK Kampung Brunei, SK Bambangan, SK Saint Patrick Membakut, SK Sinoko, SK Bandau, SK Pg Jaya Pimping dan SK Lembah Poring," katanya.
Sementara itu Raisin berkata, makluman penutupan sekolah dilakukan oleh pihak sekolah masing-masing menerusi pelbagai kaedah.
Katanya, ia termasuk sebaran menerusi media sosial, aplikasi WhatsApp dan surat rasmi kepada ibu bapa murid dan pelajar di sekolah-sekolah yang terjejas," katanya.
Comments