top of page

40 PPS ditutup sepenuhnya

nabalunews

2 Februari 2025


KOTA KINABALU: 40 Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah sejak awal minggu ini ditutup sepenuhnya.


Bagaimanapun setakat jam 5.30 petang tadi, dua PPS masih dibuka iaitu di daerah Tongod yang menempatkan keseluruhan 155 mangsa.

Dua PPS berkenaan ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak yang menempatkan seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan membabitkan 92 mangsa.


Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, penutupan terakhir ialah dua PPS di Lahad Datu yang menempatkan seramai 520 mangsa pada jam 5 petang tadi.

Manakala PPS lain yang ditutup hari ini dan semalam ialah di Beaufort, Beluran, Paitan, Telupid, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Kota Marudu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page