49 dapat pendidikan percuma kelas KAFA di Kampung Hampilan, Kunak
22 Disember 2024
KUNAK : Seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa, mendapat pendidikan percuma Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam tempoh 2 tahun di Kampung Hampilan, Kunak.
Mereka dibimbing oleh Guru KAFA, Saudi Osman yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Gerak Kerja Kunak.
Saudi juga adalah Setiausaha Penyelaras Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) N63 Kunak dan juga Ketua Penerangan UPKO P188 Lahad Datu.
Skop pengajaran adalah mengaji Al-Quran, perkara asas Fardu Ain dan perkara berkaitan pengurusan jenazah Fardu Kifayah.
Penduduk Kampung Hampilan, Kunak dan mereka yang berjaya menamatkan kelas KAFA merakamkan penghargaan kepada Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu, Datuk Basari Sarkun kerana memberikan sedikit sumbangan bagi menjayakan program tersebut.
Majlis Khatam Al Quran dan perpisahan bagi sesi KAFA 2023 / 2024 telah diadakan di Masjid Nur Rahman, Kampung Hampilan Laut, Kunak, hari ini.
Majlis ini dihadiri lebih 100 orang termasuk Ketua Kampung Hampilan, Abdul Shah Abdullah, Pengerusi Masjid Nur Rahman, Abdul Musa Abdullah,
Penceramah Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bertauliah dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Salbiah Osman, Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Kunak, Sahing Taking dan Imam Bertauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Muhibbah Baksara.
ความคิดเห็น