top of page

55 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS

nabalunews

3 Februari 2025


KOTA KINABALU: Sebanyak 55 keluarga membabitkan 196 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kinabatangan dan Tongod.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, PPS yang masih dibuka ialah dua di daerah Tongod manakala PPS Kinabatangan baru dibuka semalam.


Katanya, PPS Kinabatangan dibuka di Sekolah Agama Pekan, Bukit Garam dan setakat ini sudah menempatkan seramai 41 mangsa.

“Dua PPS di Tongod iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak kekal menempatkan seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan seramai 92 mangsa,” katanya.


Terdahulu, pihak berkuasa mengumumkan penutupan terakhir dua PPS di Lahad Datu yang menempatkan seramai 520 mangsa, semalam.


Manakala PPS lain yang turut ditutup hingga semalam ialah di Beaufort, Beluran, Paitan, Telupid, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Kota Marudu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page