top of page
nabalunews

7,900 syarikat guna system e-invois melibatkan 87 juta e-invois setakat 19 Nov ini: Lim


20 November 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, setakat 19 November lalu, sebanyak 7,900 syarikat telah menggunakan sistem e-invois melibatkan pengeluran 87 juta e-invois secara keseluruhan.


Beliau berkata, penyertaan e-invois itu bukan sahaja melibatkan syarikat atau pembayar cukai fasa pertama tetapi turut disertai syarikat yang berada dalam fasa kedua dan ketiga secara sukarela.


“Ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik di kalangan syarikat dalam memenuhi pelaksanaan e-invois.


“Selain itu kerajaan telah menyediakan tempoh peralihan selama enam bulan bagi memberi kelonggaran kepada perniagaan untuk mengeluarkan e-invois disatukan, iaitu e-invois yang menggabungkan semua transaksi jualan setiap bulan sepanjang tempoh peralihan ini juga penaliti tidak akan dikenakan kepada perniagaan yang sekurang-kurangnya mengeluarkan e-invois disatukan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr.Radzi Jidin (Putrajaya) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan kos keseluruhan yang ditanggungg sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) apabila dikehendaki menggunakan e-Invois mulai 1 Julai 2025.


Lim berkata, pelaksanaan e-invois secara menyeluruh akan bermula pada 1 Julai 2025 melibatkan semua perniagaan termasuk PMKS.


Katanya, buat masa ini, kerajaan bersetuju memberi pengecualian daripada pengeluaran e-invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 yang mana ianya melibatkan lebih 700,000 PMKS dan peniaga kecil.


“Namun kerajaan sangat menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-invois selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan perniagaan,” katanya.


Beliau berkata, dalam usaha membantu PMKS melaksanakan e-invois tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyediakan portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-invois kepada LHDN.


“Sebagai tambahan aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan disediakan kepada pembayar cukai. Kini pembayar cukai boleh melaksanakan e-invois menerusi aplikasi itu di telafon pintar masing-masing pada bila-bila masa dan di mana jua.


“Bagi peniaga termasuk PMKS yang memilih untuk membangunkan sistem sendiri atau menggunakan pembekal teknologi, anggaran kos yang ditanggung PMKS adalah dalam lingkungan RM3,000 hingga RM30,000 bergantung kepada size dan kompleksiti perniagan yang dijalankan oleh PMKS,” katanya.


Lim berkata, walaupun begitu kerajaan menyediakan insentif cukai bagi perniagaan yang melakukan perbelanjaan bagi pelaksanaan e-invois.


Katanya lagi, kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS sepanjang tempoh peralihan dalam melaksanakan e-invois sepenunhya.


“Sesi libat urus aktiviti pendidikan akan terus dipergiatkan di seluruh negara bagi menjelaskan proses dan mekanisme pelaksanaan e-invois di samping memberi bimbingan berhubung penggunaan portal MyInvois.


“Setakat ini, LHDN telah menjalankan sesi libat urus melebihi 800 sesi melibatkan pelbagai jenis perniagaan dan industri termasuk PMKS,” katanya.


Dari segi keselamatan data, Lim berkata, keutamaan akan diberi kepada kerahsiaan integriti dan ketersediaan data melalui langkah-langkah perlindungan data yang ketat.


“Kerajaan melalui LHDN sentiasa memastikan langkah keselamatan diambil bagi melindungi data e-invois daripada capaian pengubasuaian, kehilangan atau pendedahan yang tidak dibenarkan dan melindungi hak privasi individu.


“Sekiranya perniagaan menggunakan portal MyInvois maklumat dan data yang tersimpan dalam portal tersebut adalah dilindungi di bawah tadbir urus dasar keselamatan pekeliling dan garis panduan keselamatan ICT kerajaan yang sedang berkuatkuasa,” katanya.

Commenti


bottom of page