top of page

70 Kerusi dan 2 Meja Lipat diserah kepada JKKK Kampung Tambulion Ulu

nabalunews

11 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan berupa 70 kerusi dan 2 meja lipat kepada Hilda Sikul, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu.


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperbaiki kemudahan di kampung tersebut, sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.


Penyerahan tersebut dilakukan oleh Adlan Kuluput, staf Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.


Hilda menyatakan penghargaan atas sumbangan yang diterima. Beliau menjelaskan bahawa kerusi dan meja lipat itu akan digunakan untuk menyokong pelbagai aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh JKKK, menyediakan keselesaan kepada penduduk kampung, dan mempereratkan kerjasama antara penduduk dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian demi kemajuan kampung.


Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian akan terus komited dalam memberikan sokongan kepada masyarakat melalui pelbagai program yang bermanfaat, dengan tujuan memperkukuh pembangunan di kawasan Kadamaian.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page