top of page

70 pelajar Sk Kiau 1 sertai Program Perkhemahan Unit Beruniform

  • nabalunews
  • Jan 8
  • 1 min read



8 Januari 2025


KOTA BELUD: Seramai 70 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau 1 telah berjaya mengikuti Program Perkhemahan Unit Beruniform yang berlangsung di Tamu Desa Kiau baru-baru ini.


Program ini bertujuan membina kemahiran ikhtiar hidup sambil mengukuhkan kerjasama, ketahanan fizikal, dan mental di kalangan peserta.


Aktiviti yang dijalankan termasuk menyalakan api, memasak di luar, serta membina tempat perlindungan sementara, selain aktiviti berkumpulan yang memupuk kepimpinan dan daya tahan.


Selain meningkatkan kemahiran praktikal, program ini juga memberi penekanan kepada kesedaran alam sekitar dan pentingnya pemuliharaan.


Menurut guru penyelaras, Jaenry, program ini dirancang untuk melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, bertanggungjawab, dan berintegriti tinggi.


Sekolah tersebut juga bercadang menjadikan perkhemahan ini sebagai program tahunan bagi memberi impak positif kepada pelajarnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page