70 peserta sertai kursus penanaman cendawan di Kg Gaur
21 Januari 2025
KOTA BELUD: Seramai 70 peserta dari Kampung Gaur telah menyertai kursus penanaman cendawan yang diadakan di Dewan Terbuka Tamu Desa Tradisi Kampung Gaur.
Kursus ini dikendalikan oleh Dickson Fredrick, seorang pengilang bongkah cendawan dari Kuala Penyu.
Dalam program tersebut, beliau memberikan tunjuk ajar tentang teknik penanaman cendawan serta potensi perniagaan yang boleh diceburi oleh penduduk setempat.
Program ini bertujuan menggalakkan penduduk kampung untuk menceburi bidang pertanian moden, khususnya dalam industri cendawan, yang berpotensi meningkatkan ekonomi keluarga dan komuniti.
コメント