COVID-19: 89 KES BAHARU, DUA KEMATIAN DICATATKAN DI SABAH
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_7f634f9ea0eb4b8c91475e62bb2c82e1~mv2.jpeg/v1/fill/w_980,h_622,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_7f634f9ea0eb4b8c91475e62bb2c82e1~mv2.jpeg)
4 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 89 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,461 kes dan dua kes kematian dicatatkan di Tawau dan Kalabakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 89 kes, sebanyak 30 kes (33.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tujuh (7) kes (7.9%) saringan bergejala, 47 kes (52.8%) dari kluster sedia ada serta lima (5) kes (5.6%) dari lain-lain kategori.
“Tawau mencatatkan kes tertinggi sebanyak 23 kes, diikuti Kalabakan (18 kes), Papar (17 kes), Kota Kinabalu (sembilan kes), Kunak (tujuh kes) dan Lahad Datu enam kes.
"Penampang mencatatkan empat kes, manakala Sandakan dan Semporna masing-masing mencatatkan dua kes, dan Keningau satu kes.
“Daerah-daerah lain yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Tuaran, Putatan, Kota Belud, Beluran, Kinabatangan, Nabawan, Telupid, Kuala Penyu, Beaufort, Ranau, Kudat, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 109 menjadikan jumlah kumulatif 57,173 orang.
Katanya lagi, seramai 664 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 233 orang di hospital dan 431 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 32 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Komentarze