top of page

9,000 Liter Petrol Dirampas

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read


22 April 2025


LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 9,000 liter minyak petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, semalam.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti kegiatan berkenaan di sekitar daerah Lahad Datu.


Katanya, hasil serbuan yang dijalankan, pasukan operasi berjaya mengesan dan menahan seramai 17 unit drum plastik berwarna biru pelbagai saiz.



“Pasukan serbuan turut berjaya merampas lima unit tangki IBC L dan dua tangki Fibre berisi minyak petrol bersubsidi.


"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM50,700 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohd Nazri berkata, seorang lelaki tempatan turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Sehubungan itu, Mohd Nazri memohon kerjasama orang ramai untum menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan penyeludupan barangan subsidi kerajaan.


"PPM mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page