top of page
Wartawan Nabalu News

Ada pihak rasa tercabar, mulai sebar fitnah ke atas bakal Presiden UPKO

Carlye Lajimin

13 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud Carlye Lajimin menyatakan ada pihak yang mulai rasa tercabar dengan transisi kepimpinan dalam parti itu dan mulai menyebarkan fitnah ke atas bakal Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick.


Sejak kelmarin, tular dalam perbualan laman whatsapp mengatakan UPKO bakal menyertai semula Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Presiden yang baharu.


Carlye yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ewon menyatakan fitnah tersebut disebarkan bagi mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya umum.


"Ewon telah dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya UPKO bagi menghadapi BN, GRS dan Warisan dalam pilihanraya umum ini bersama-sama dengan parti-parti komponen PH iaitu PKR, DAP, AMANAH dan rakan sekutu MUDA.


"Malah UPKO akan bertanding di kerusi yang akan ditandingi oleh BN. Justeru, sebaran whatsapp tersebut adalah fitnah yang sengaja dibuat oleh pihak yang mulai rasa tergugat," katanya.


Menurut Carlye, Ewon juga bakal mengadakan jelajah kempen ke Bahagian-Bahagian tumpuan parti tersebut dan kawasan-kawasan lain yang akan ditandingi oleh PH.


"Sudah tentunya Ewon akan menggunakan platform jelajah ini bagi menyampaikan ucapan-ucapan kempen menentang calon-calon BN, GRS dan Warisan," katanya.

留言


bottom of page