top of page
Farah Salim

Adibah Noor meninggal dunia


18 Jun 2022 Oleh Farah Salim KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Adibah Noor Mohamed Omar telah meninggal dunia hari ini. Arwah yang terkenal dengan lagunya “Terlalu Istimewa” menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 7 petang tadi pada usia 51 tahun. Berita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon Emylia Rosnaida. “Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya menerusi hantaran tersebut. Menurut beberapa sumber, arwah meninggal dunia akibat kanser ovarian.

Comentarios


bottom of page