ADUN Kadamaian beri sumbangan jamuan akhir tahun Tadika Pelita Taginambur

14 Januari 2025
KOTA BELUD: Penyelia Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sempena jamuan akhir tahun.
Jamuan ini meraihkan murid enam tahun yang sudah menamatkan pelajaran di Tadika Pelita Taginambur dan bakal naik ke darjah satu.
Sumbangan ini diterima oleh wakil penganjur, Margaret Angkut di Tadika Pelita Taginambur, Batu 10, Kota Belud.
Sumbangan ini merupakan tanda sokongan dan penghargaan kepada guru serta murid yang telah menamatkan pendidikan awal mereka di tadika tersebut.
Comments