top of page
nabalunews

ADUN Kadamaian salur sumbangan penyelenggaraan jalan Zon Sinagang


2 Januari 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menyalurkan sumbangan bagi penyelenggaraan jalan komuniti di Zon Sinagang, Kampung Kiau Taburi, Kota Belud.


Sumbangan ini bertujuan memperbaiki infrastruktur asas demi keselesaan penduduk setempat.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis, mewakili Ewon dalam menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil penerima, Dolois Sumbin.


Menurut Dolois, dana yang diterima akan digunakan bagi membiayai kos kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan meratakan tapak Zon Sinagang.


Penambahbaikan ini diharapkan dapat meningkatkan aksesibiliti penduduk di kawasan berkenaan, terutamanya bagi kegunaan harian dan aktiviti ekonomi tempatan.


“Sumbangan ini sangat bermakna kepada komuniti kami, lebih-lebih lagi dalam memastikan kemudahan jalan yang selesa dan selamat,” kata Dolois. Tambahnya, kerja-kerja penyelenggaraan telah siap sepenuhnya.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada pembangunan komuniti luar bandar.


Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan beliau untuk memastikan keperluan asas penduduk dipenuhi, termasuk penyelenggaraan jalan, sistem bekalan air, dan kemudahan awam yang lain.

Comments


bottom of page