ADUN Kadamaian Sampaikan Sumbangan Touchpoint Kelahiran
4 Disember 2024
KOTA BELUD: Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian meneruskan inisiatif komuniti dengan menyampaikan sumbangan "touchpoint kelahiran" kepada dua keluarga di kawasan Kadamaian, Kota Belud, hari ini yang bertujuan meringankan beban keluarga dan memupuk hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat setempat.
Sumbangan itu disampaikan oleh kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, yang mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Penerima manfaat program ini adalah Adik Cayden Leo Vrexzler Collin dari Kampung Lasau Tintapon, yang sumbangannya diterima oleh bapanya, Collin Daisi, serta Adik Kennedy Theo Helddy dari Kampung Narinang, dengan bapanya, Helddy John, mewakili penerima.
Selain itu, bantuan meringankan beban pembayaran perubatan turut diberikan kepada Tensing Niting dari Kampung Lahanas Sokid untuk membantu meringankan beban perubatan yang ditanggung oleh keluarganya.
“Ewon mengucapkan tahniah dan sokongan kepada para penerima. Harapan kami, sumbangan ini mampu memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga penerima serta mencerminkan keprihatinan pejabat ADUN Kadamaian terhadap kesejahteraan komuniti,” kata Shainim.
Program "touchpoint kelahiran" ini adalah satu daripada pelbagai inisiatif Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian untuk memastikan kebajikan masyarakat setempat sentiasa terpelihara dan mencerminkan komitmen Ewon dalam mendekati rakyat dan memberikan perhatian terhadap keperluan mereka, terutama dalam situasi yang memerlukan sokongan tambahan.
Pendekatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, malah membantu golongan yang memerlukan.
Comentários