top of page

ADUN Kadamaian Sokong Penganjuran Sukaneka Menjelang Ramadan

nabalunews

11 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kelab Belia Maju Kampung Tekulung, di sini, menerima sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick untuk menjayakan Sukaneka Sempena Menjelang Bulan Ramadan.


Sumbangan disampaikan Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kepada Timbalan Pengerusi Kelab Belia Maju Kampung Tekulung, Mohd. Suharto Saulih.


Menurut Mohd Suharto, acara sukaneka ini dijadualkan berlangsung pada 1 Mac 2025 dan bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.


“Kami sangat bersyukur, sumbangan ini membantu dalam persiapan program yang melibatkan ramai pihak.


“Ia sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk kampung, khususnya golongan belia,” katanya.


Sehubungan itu, Mohd Suharto turut menzahirkan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinan dalam menyokong program belia di kawasan Kadamaian.


Katanya, sumbangan dana membolehkan pihak penganjur melaksanakan acara ini dengan lebih lancar dan meriah.


“Sukaneka ini bukan saja bertujuan menghiburkan penduduk sebelum ketibaan bulan Ramadan, tetapi juga sebagai platform menggalakkan gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam komuniti.


“Dengan adanya sokongan daripada pihak ADUN dan komuniti setempat, program ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kampung Tekulung dan kawasan sekitar,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page