ADUN Kadamaian sumbang 100 kerusi untuk kegunaan penduduk Kampung Lobong-Lobong

16 Ogos 2024
KOTA BELUD : Rakyat bersuara, pemimpin mendengar permintaan penduduk Kampung Lobong-Lobong di sini yang memerlukan sumbangan kerusi bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti seharian termasuk majlis keramaian ditunaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Siang tadi, 100 buah kerusi sumbangan Ewon telah diterima oleh penduduk.
Sumbangan ini diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lobong-Lobong, Saudin Solinu.
Saudin merakamkan penghargaan kepada Ewon yang prihatin dengan keperluan penduduk Kampung Lobong-Lobong.
Comments