ADUN Kadamaian Teruskan Program Touchpoint Kelahiran untuk Warga Kadamaian

14 Mac 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD : Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian meneruskan inisiatif pemberian touchpoint kelahiran kepada penduduk setempat.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam menyantuni rakyat serta membantu keluarga yang menerima kehadiran cahaya mata baharu.
Dalam sesi penyerahan terbaru, wakil ADUN Kadamaian, Shainim Epin, menyerahkan sumbangan kepada tiga penerima cilik yang diwakili oleh ibu bapa masing-masing. Antara penerima ialah:

Lorena Sherelle Jizelle Learryie dari Kampung Kebayau Lama, diwakili oleh bapanya, Learryie Saimin.
Joenne Jenry dari Kampung Terintiden, diwakili oleh ibunya, Vionette Dumin.
Schylar Kenny Lim dari Kampung Bahab, diwakili oleh bapanya, Chendron Kenny Lim.
Selain itu, Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, turut menyerahkan bantuan touchpoint kepada Daenerys Ivva Elver Norintin dari Kampung Tuguson, yang diwakili oleh bapanya, Norintin Saruyan.

Ewon turut menyampaikan salam kepada kesemua penerima serta berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka.
Program touchpoint kelahiran ini merupakan salah satu inisiatif yang berterusan di Kadamaian dan mendapat sambutan positif daripada masyarakat. Ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga menunjukkan keprihatinan kepimpinan setempat terhadap kesejahteraan rakyat.
Comments