top of page

ADUN Kadamaian Teruskan Sumbangan Ikhlas Kelahiran untuk Warga Kadamaian

nabalunews

9 Mac 2025


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian meneruskan usaha membantu masyarakat menerusi sumbangan ikhlas kelahiran kepada warga Kadamaian.


Sumbangan disampaikan Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin, kepada adik Evangelista Crystal Ezron Fanly dari Kampung Bahab, Kota Belud yang diterima ibunya, Christina Wati Jeffre.


Selain itu, Pemaju Masyarakat UPPM Kadamaian, Clarence Somuil, turut menyerahkan sumbangan yang sama kepada dua bayi lain, iaitu adik Racher Ebay Rimeal dan adik Dw Eloise Jade Didi Duffy dari Kampung Bokilong, Kota Belud. Sumbangan tersebut diterima bagi pihak mereka oleh Sominah @ Marjorielis Agur.


Kedua-dua wakil penerima mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang terus menyokong dan membantu masyarakat setempat.


Anichlose berkata, program sumbangan ikhlas kelahiran ini adalah salah satu inisiatif yang menunjukkan komitmen Ewon dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.


“Ewon sememangnya dikenali sebagai pemimpin yang aktif dalam memperjuangkan kebajikan rakyat, terutamanya dalam aspek pembangunan sosial dan ekonomi di Kadamaian,” katanya.


Sementara itu, Clarence turut menegaskan program berkenaan bukan saja memberi sokongan kepada keluarga yang baru menyambut kelahiran, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.


"Dengan adanya program sumbangan ikhlas kelahiran ini, masyarakat Kadamaian boleh terus berharap kepada kepimpinan yang prihatin dan sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan," Ujar beliau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page