ADUN Tanjong Papat serah sumbangan barang keperluan kepada Masjid Daerah Sandakan
9 Januari 2025
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyumbangkan barangan keperluan kepada Masjid Daerah Sandakan yang juga dalam usaha menyokong keperluan dan memperkukuhkan fungsi institusi keagamaan di Sandakan.
Antara barangan yang disumbangkan adalah hand blower machine untuk kegunaan penyelenggaraan kawasan masjid, hand grinder machine untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan, hampagas untuk memastikan kebersihan dan keselesaan ruang dalam masjid serta storm inverter untuk keperluan teknikal dan memastikan operasi elektrik masjid berjalan lancar.
Sumbangan itu juga jelas beliau sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk membantu institusi-institusi komuniti tanpa mengira latar belakang agama atau budaya dalam memastikan kemudahan yang tersedia memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Jelasnya, umum mengetahui, masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga berfungsi sebagai pusat komuniti yang menyatukan masyarakat.
"Saya berbesar hati untuk menyumbangkan barangan keperluan ini demi manfaat komuniti Sandakan.” Ujar beliau sejurus menyampaikan sumbangan itu pada Khamis.
Beliau juga berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan memperkukuhkan peranan masjid sebagai institusi utama masyarakat yang melakukan ibadah dan aktiviti keagamaan disini.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan juga merakam ucapan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan Frankie yang sentiasa mengutamakan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sandakan.
Comments