top of page
nabalunews

Agihan kalendar sempena Tahun Baru Cina 2025



Fui Fui semasa bertemu orang ramai di pasar itu.

12 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 



SANDAKAN - Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, melaksanakan program pengedaran kalender dan buah limau mandarin oren di Pasar Sibuga, Pasar Mawar serta di kedai-kedai sekitar Taman Sibuga dan Taman Mawar, Sandakan pada Sabtu.


Jelas Fui Fui yang juga Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat berkata, inisiatif itu juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat perayaan dalam kalangan masyarakat tempatan serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan komuniti setempat.


Tambah Fui Fui, Tahun Baru Cina bukan sahaja waktu untuk meraikan tradisi dan budaya tetapi juga masa untuk memperkukuhkan perpaduan dan hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai kaum. 


"Melalui pengedaran kalender dan buah limau mandarin, kami berharap dapat membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua.”Katanya.


Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini termasuk sukarelawan dan penduduk setempat yang memberikan sokongan penuh.


Sambutan masyarakat terhadap program itu juga amat memberangsangkan dengan ramai penduduk dan peniaga tempatan menyambut baik pemberian simbolik ini sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kepada mereka. 

Comments


bottom of page