top of page
Wartawan Nabalu News

AGONG BERKENAN ADAKAN PERBINCANGAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA 16 JUN INI



10 Jun 2021


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun ini.


Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin dalam kenyataan media yang dimuat naik dalam Facebook Istana Negara, perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda.


“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.


“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.


Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020, di Istana Negara.

Comments


bottom of page