top of page

Agong puji kestabilan ekonomi, harap manfaat dinikmati semua

nabalunews

3 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas kestabilan ekonomi negara dan memuji usaha kerajaan dalam mengukuhkan nilai ringgit serta mengekalkan kadar pengangguran yang rendah.


Baginda turut mengingatkan bahawa kejayaan ekonomi ini harus dirasai oleh seluruh rakyat, bukan hanya oleh golongan tertentu.


“Pada tahun lalu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 5.9 peratus dalam pelbagai sektor,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Isnin.


Baginda juga menekankan kejayaan perdagangan negara, yang telah melepasi angka RM2 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.


Sehubungan itu, baginda merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan atas pencapaian ekonomi yang membanggakan dan berharap momentum pertumbuhan ini dapat dikekalkan.


Namun, baginda menegaskan bahawa manfaat daripada perkembangan ekonomi yang positif ini harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


“Oleh itu, beta menyambut baik pendekatan subsidi bersasar yang telah membantu mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan,” titah baginda.


Pada masa yang sama, baginda menggesa agar pelaksanaan subsidi dilakukan secara cekap dan berkesan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page