top of page

Ahli Parlimen Penampang terus santuni rakyat

nabalunews

5 Februari 2025


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick terus menyantuni masyarakat menerusi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Penampang untuk menerima aduan serta permasalahan.


Terbaru, pejabat Parlimen Penampang menyerahkan bantuan kain kanvas kepada Christianus Galidan untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh rumahnya di Kampung. Mahanga Maang, di sini.

Selain itu, pejabat Parlimen Penampang turut menyumbangkan sumbangan kepada Paroki Nativiti Suci Terawi untuk penganjuran Sambutan Jubli ke-25 rumah ibadah berkenaan.


Kedua-dua sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang, Bryan Matasing.

Sementara itu, sumbangan turut diserahkan kepada wakil penduduk, Rudolf Balamun untuk kegunaan program gotong-royong pembaikan parit di Jalan Sindanan Kampung Koidupan.


Penyerahan diwakili Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang, Alvin Lee.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page