top of page

AirAsia tawar tiket penerbangan RM388 untuk Sabah sempena Raya Aidilfitri

nabalunews

28 Februari 2025


SEPANG: AirAsia menawarkan lebih 16,000 tempat duduk dengan tambang rendah tetap pada harga RM328 dan RM388 sehala sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, pihaknya menyediakan lebih 90 penerbangan lewat malam antara Johor Bahru atau Kuala Lumur ke Malaysia Timur bermula 28 Mac hingga 5 April depan.


Katanya, tambang promosi itu menawarkan harga tambang tetap RM328 sehala antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, serta antara Johor Bahru dan Kuching serta Sibu.

“Bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, serta antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu pula pada harga RM388 sehala.


“Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE sehingga 5 April ini,” katanya pada majlis pelancaran Hari Raya Fixed Fare Flights by AirAsia, pada Rabu.


Sementara itu, Kapten Fareh berkata, AirAsia juga mengendalikan 287 penerbangan mingguan dengan tambang semasa ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.


Katanya, ia bagi menyokong inisiatif kerajaan sepanjang musim perayaan ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page