top of page

Alia Sazana Cipta Rekod Asia Acara 25m Pistol Wanita

nabalunews

Gmbr credit Majlis Sukan Negara
Gmbr credit Majlis Sukan Negara

17 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azhari bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok hari ini.


Pada pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekali gus memadam rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.


Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan Lee Siyoon dengan catatan 32 hit manakala Teh Xiu Yi dari Singapura menamatkan podium selepas mencatatkan 28 hit untuk memenangi pingat gangsa.


Ini adalah emas kedua Malaysia dalam kejohanan itu selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mendominasi acara 10m air pistol wanita dengan 239.3 mata Khamis lepas.


Kejohanan yang bermula pada 9 Feb ini akan berlangsung sehingga 22 Feb.-BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page