top of page

Amaran angin kencang, hujan lebat di beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pagi ini

Wartawan Nabalu News



1 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di beberapa kawasan tertentu di negeri Sabah dan Sarawak pada pagi ini.


Met Malaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk tersebut dijangka melanda di Pantai Barat Sabah (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).


Manakala, tempat seperti di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) turut dijangka terkesan dengan cuaca tersebut.


Di Sarawak, cuaca buruk juga dilaporkan akan melanda Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).


Met Malaysia berkata, amaran teresebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.


Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page