top of page

Amaran Hujan Berterusan Di Sabah, Kelantan Dan Terengganu

nabalunews


22 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.


Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.


Di Kelantan pula ia dijangka membabitkan kawasan sekitar Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.



MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook turut memaklumkan bahawa analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung, utara Sarawak dan timur Sabah mulai esok hingga Isnin.


“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.


Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.- BERNAMA

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page