top of page

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak

nabalunews

6 Mac 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula esok sehingga Sabtu ini.


MET Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan).


Keadaan sama juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta Pantai Barat Sabah (Papar, Putatan, Penampang , Kota Kinabalu serta Tuaran).


“ Selain Sabah, cuaca itu dijangka akan berlaku di Limbang Sarawak dalam tempoh sama.


“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku selama dua hari bermula esok sehingga Sabtu ini,” katanya.


MET Malaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page