Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri
20 Disember 2024
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tiga negeri iaitu Johor sehingga Jumaat manakala Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Johor adalah daerah Mersing dan Kota Tinggi hingga 20 Disember.
Di Sarawak, hujan berterusan hingga 22 Disember ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko akibat hujan lebat.
Comments